Wednesday, December 26, 2012

Program Suntikan HPV

Assalamualaikum..

semester baru bermula pastu terus cuti midsem selama seminggu. maknanya sekarang nie, aku ada kat rumah untuk bermanja bersama keluarga. HAHA!



satu hari tu kawan aku, Najaa tweet yang dia baru je ambil suntikan HPV. aku yang sekian lama risau sebab tak dapat-dapat suntikan lagi pun bangkit dan tanya macam-macam kat dia. dulu aku nak pergi suntik, tapi aku taktau dekat mana. nak dapat info kat website LPPKN pun, masa tu taktau apa jadi kat website tu entah.

sejak dengar kawan aku yang belajar UiTM lain semua dapat, kali nie aku nekad nak ambil suntikan tu sementara percuma untuk mereka yang lahir tahun 1993.

pagi tadi, abah kejut aku awal pagi sebab nak pergi Klinik Nur Sejahtera LPPKN, Jalan Reko. siapa yang duduk sekitar Kajang nie, boleh la ambil suntikan HPV kat sini. klinik dia kat tingkat satu ye semua. jangan jadi macam aku. HAHA!

tangan tembam tu tangan aku. =='

masuk klinik tu, isi borang.. masa tu takde orang. aku terus masuk bilik rawatan pastu kena cucuk. 10minit je aku kat klinik tu. serius! sekejap jeeee.. sekarang nie lengan aku tengah sengal-sengal sikit. HEHE!


Human Papilloma Virus
  • HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.
  • setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV. aiyok!
  • kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tak semua jangkitan HPV menyebabkan kanser.

Kanser Serviks











Vaksinasi HPV
  • vaksinasi diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV. dengar cerita 70% perlindungan.
  • seeloknya vaksinasi diberi sebelum hubungan seks berlaku.


Kriteria Wanita Layak di bawah Program Ini
  • wanita warganegara yan berumur 18tahun.
  • tidak hamil
  • tidak pernah menerima kesan sampingan yang teruk setelah menerima suntikan pertama atau kedua.
  • tidak pernah menglami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Tempat Mendapat Vaksinasi
  • klinik LPPKN
  • Pusat Kesihatan IPTA jika student

Kumpulan Sasar


bagi adik-adik.. sabar ye. ikut tahun taw!

________________________________________________________

balik daripada klinik tu, aku ajak abah beli novel. HEHE! dengan lengan yang sakit sikit tu, aku cari-cari novel. disebabkan abah yang belanja, so aku beli novel yang aku dah baca. 



walaupun dah beratus kali baca. aku tetap suka! its BICARA HATI by DAMYA HANNA.

ihsan Google. malas nak take picture!

balik terus aku tweet pasal suntikan HPV dan LPPKN. dan korang tahu tak.. tweet aku masuk kat website LPPKN. wah! gempak. pemes aku. HAHA! oke.. nah bukti!


tu je la kot setakat nie.. nanti kalau aku rasa nak update, nanti aku update oke. ^_^

maklumat lanjut di LPPKN.

tata~ Assalamualaikum.

nota kaki:
follow Twitter: Ashiqin Zolkifli
follow Instagram: Ashiqin Zolkifli



3 comments:

  1. Replies
    1. alaaa.. takde pape pun. masa suntik tu tak sakit. tapi kesan sampingan dia je terasa. jarum tu tak rasa pun. :) good luck!

      Delete
  2. Leh jadi doktor ni kak shiqinnn~ ahaha

    ReplyDelete